Click here for Myspace Layouts

Wednesday 4 May 2011



 1. KEREPEK PISANG MASIN. 

2. KEREPEK  PISANG PEDAS.

3. KEREPEK UBI PEDAS.

4. KEREPEK PISANG SIRA.

5. KEREPEK MARUKU.

6. KUIH BAHULU.
















Monday 14 March 2011

Episod Tiga...


EPISOD  TIGA

Bersambunglah kembali kisah kami (GROUP 3D) dalam Program Jalan2 Cari Makan….ops, silap program la plak… ok, kita imbas kembali episod dua… korang masih ingat lagi tak??? Sebenarnya, rancangan kami untuk pergi ke bengkel Mak Cik Mah sudah lama dirancang…ops lupa plak nak perkenalkan diri… Namaku Anis sebagai penulis yang bertauliahlah katakan telah mengambil alih tugas ilah bagi menyambung episod ke- 2 kami...
Syukur  ALHAMDULILLAH, kerana kami bernasib baik kerana kali ini Mak Cik Mah mempunyai bahan mentah iaitu pisang bagi membuat kerepek. Kali ni dapatlah kami melihat dengan mata sendiri bagaimana proses membuat kerepek itu dilakukan…So, kami buat temujanji untuk lawatan bagi kali ini dengan mak cik mah….bukan nak suruh Mak Cik Mah sambut kami dengan kompang…he2…but sekadar untuk maklumkan kedatangan kami bertiga.
Maka datanglah penghulu segala hari, iaitu hari jumaat bersamaan 11 Mac …eh macam nak umum nak raya pulak…hehe.. aku dan ilah menunggu yana yang sedang mengambil exam pada pagi hari tersebut…jadi kami pun terpaksalah bertolak lambat sikit kerumah mak cik mah. Tepat JAM pukul 11 aku, ilah dan yana menunggu bas di Bus Stop Proton…aii….tunggu punya tunggu akhirnya bas HBR tanpa segan silu mengambil kami bertiga…alamak…terlebih sudah..he2….semua tempat duduk  dah penuh…jadi terpaksalah kami berdiri untuk sampai ke bengkal Mak Cik Mah.
    Nasib baik dekat jer jarak uum ke Changlun....kalau nak ke Alor Setar boleh layu kami dibuatnya, ibarat macam bunga ditiup angin(pengsan)hu3… dah la dalam bas tu penuh orang, lepas tu panas plak. Kami ni macam duduk dalam tin sardin jer… SABAR  JER LAH… Setelah  hampir setengah jam kami berada didalam bas, maka sampailah kami bertiga ke destinasi yang dirancang…
Kedatangan kami disambut baik oleh pemilik bengkel produk makanan ringan iaitu Mak Cik Mah dan rakan kongsinya….rupanya mak Cik Mah telah menunggu aku dan kawan-kawan aku dari pagi tadi lagi…kesian pulak... kami meminta maaf diatas kelewatan kami bertiga dan mencerita sebab kelewatan kami….Masa kami menjejakkan kaki ke dalam bengkel Mak Cik Mah ,rakan konginya iaitu mak cik salehah sedang mengoreng pisang untuk dijadikan kerepek… SO, apa lagi pist….ambil gambar la, DEkat bawah ini gambar yang sempat KAMI ambil… Jom kita lihat sama-sama…

  Lokasi diseberang jalan sebelum masuk ke bengkel produk IKS. Bengkel ini dekat dengan sekolah agama.

 Signboard jalan masuk ke bengkel diseberang jalan.



 Laluan depan seberang jalan masuk, depan ni ada tempat cuci kereta.

Ok, diatas adalah gambar tanda arah untuk masuk ke bengkel produk makanan ringan Mak Cik Mah... jadi, kalau ada sesiapa yang mahu membeli @ melihat sendiri operasi bengkel tersebut boleh la merujuk gambar @ tanda arah diatas. Bagi sesiapa yang tidak biasa lagi dengan kawasan Changlun, boleh la  sedikit,sebanyak memudahkan perjalanan kalian. Sekarang, kita lihat pula gambar proses kerepek pisang dibuat...

 Pisang mentah yang digunakan untuk buat kerepek pisang masin.

Ini plak,pisang yang dikupas @ dibuang kulit..dekat tepi tu korang nampak tak ada bekas marjerin & air garam...


 lepas tu, parut pisang itu nipis2 dengan pemarut dan masukkan ke dalam kuali minyak panas...(gambar tangan mak cik tu,blurr sedikit coz sedang memarut pisang).

 Goreng pisang tadi sampai kekuningan dan masak.(masa ni boleh masukkan sedikit air garam & marjerin) supaya pisang garing & rapuh.


 kemudian angkat pisang tersebut dengan penapis & sejatkan supaya minyak keluar.

 Masukkan pisang yg telah disejatkan tadi kedalam bekas yang kedap udara,supaya kerepek itu tidak lemau.

Macam mana korang tengok, menarik perhatian tak...kalau kita tengok memang nampak senang jer, tapi kalau kita diberi peluang untuk buat sendiri memang susah dan memenatkan... Kalau duduk dekat tepi kuali pun dah rasa bahang minyak panas, inikan plak nak buat dari proses awal lagi...  Jadi, disini kita boleh fikir & nilai bagaimana susah payahnya untuk mencari rezeki. Hargailah segala penat lelah orang tua kita, jangan fikir nak senang jer. Kami begitu kagum dengan semangat mak cik mah dengan mak cik salehah, kerana sudah hampir 17 tahun mereka mengusahakan produk makanan ringan ini. 

Dalam tempoh mengusahakan produk makanan ringan ini, sudah banyak  peristiwa pahit manis yang ditempuhi oleh mak cik itu berdua. Kami, bersyukur kehadrat ILAHI, kerana kami diberi peluang oleh pensyarah kami iaitu Encik Ezanee Bin Mohamed Elias untuk membuat tugasan luar tentang IKS. Walau bagaimanapun, pada masa  mula2 kami dapat tugasan ini, kami merungut juga kerana terpaksa keluar untuk mencari tempat diluar Uum. Bukan kami tidak suka, tapi banyak masalah yang kami perlu hadapi terutama dari segi masa, kos untuk keluar (berulang alik), dan masalah lain-lain lagi. Namun begitu, kami bersyukur kerana Allah banyak membantu dalam mempermudahkan segala urusan kami.

Lama kelamaan, kami menjadi seronok untuk membuat tugasan projek ini. Disini, kami dapat belajar susah senang untuk mencari rezeki, mengenali dengan lebih dekat masyarakat kampung, melihat cara hidup dan budaya mereka, dan paling utama sekali dapat mengingatkan kami tentang keluarga kami di kampung. Melihat raut tua diwajah mak cik itu, mengingatkan kami kesusahan ibu bapa kami mencari rezeki untuk membesarkan kami. Ya ALLAH, betapa besarnya pengorbanan mereka kepada kami. Panjangkanlah umur mereka, supaya kami dapat membalas jasa & pengorbanan mereka kepada kami...AMIN.

OK LA, berbalik pada gambar yang korang tengok tadi dekat atas iaitu proses untuk membuat kerepek pisang masin. Sekarang, masa untuk melihat gambar yang telah siap dipacking untuk dipasarkan...


 kerepek yang telah siap dan sedia untuk dipasarkan. (sedap, sekali cuba, mesti mahu lagi)

kerepek yang telah siap di packing dan disusun dalam bekas.

INI pula adalah maruku yang telah siap dibuat & di packing.




Selain daripada kerepek pisang masin, banyak lagi kerepek lain yang dibuat. Antaranya ialah kerepek pisang sira, kerepek pisang pedas, kerepek ubi pedas, maruku dan juga kuih baulu. Tapi kami, xsempat ngak ambil gambar kesemua kerepek tersebut...InsyaAllah, lain kali kami akan uploadkan gambar tersebut. 

Tadi korang asyik dk  tengok gambar kerepek jer, so  sekarang korang tengok plak gambar kami (GROUP 3D) bersama mak cik mah dan mak cik salehah.

 
YANA, MAK CIK SALEHAH DAN ILAH...







 
YANA , MAK CIK MAH & ANIS... 

YANA & ANIS ( SEMPAT LAGI POSING, WALAUPUN TENGAH PACKING KEREPEK)
 Rasanya, memang cukup rasa dah, so aku pun dah penat menaip benda alah ni,..jadi daripada korang dk baca benda yang lagi merapu ni...Boleh la kami mengundur diri dulu... ops., sebelum kami mengundur diri, kami ingin meminta maaf jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa dalam episod kali ini... so, nantikan cerita kami dalam episod seterusnya....Driver kami pun dah datang menjemput kami, so let go...(sebenarnya pak cik osman tuan empunya teksi yang kami telefon untuk datang mengambil kami) untuk balik ke Uum...Terima kasih pak cik...Sekian, wassalam...^_^

Wednesday 9 March 2011

Episod Dua...

EPISOD  DUA...


Disini bermulalah episod pertama kami (Group 3D), untuk mencari tempat bagi tugasan projek kami. Aku pun xtahu nak bercerita macam mana dekat sini, coz ceritanya mmg panjang… Satu hari pun belum tentu habis kalau bercerita. So, untuk dijadikan cerita, aku tolong pendekkan lah cerita ini utk dikongsi dgn korang semua…Pada hari jumaat lepas, aku (ilah) dengan anis keluar la survey tempat dekat kawasan changlun. Member aku sorang lagi, yana xpergi coz ada latihan karate…  So, aku pergi la dgn anis utk cari tempat sambil cuci mata dkt pekan changlun. Dekat kawasan changlun xde la besar sgt kalau nk dibandingkan dgn pekan lain… Tapi kata orang, boleh la daripada xde kan… 

            Pagi tu, lepas habis program kolej dalam pukul 10.30 pagi, aku pun keluar menunggu bas dgn Anis. Tunggu punya la lama, sampai setengah jam lebih jugak la dekat bus stop, akhirnya barulah muncul bas Mara Liner…nasib baik dapat naik bas Mara Liner, kalau bas HBR korang pun boleh fikir sendiri macam mana… Perjalanan kami dari UUM ke Changlun mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Tepat pukul 12 tengahari, kami pun sampai la dekat Changlun. 

Aku ingin melahirkan rasa kesyukuran yang tak terhingga kpd Allah swt kerana memudahkan segala urusan kami sepanjang tugasan projek ini. Sebenarnya, tugasan projek ini,dah lama pensyarah bagi…tapi aku asyik tertangguh jer coz assignment ni la yang paling lambat kena submit, kalau nak dibandingkan dengan assignment lain yg aku dapat. Ok la, merapu plak aku ni…berbalik pada cerita tadi, setelah aku dan Anis sampai ke Changlun, tempat utama yang kami tuju dahulu ialah ke rumah sepupu aku. Korang nak tahu tak kenapa???

            Rumah sepupuku dekat jer dengan tempat perusahaan kerepek yang kami cari. Dengan bantuan jiran sepupuku, kami dibawa ke rumah mak cik mah yang membuat kerepek. Aku xsempat nak ambil gambar, coz pada masa tu xbawa kamera, yang ada pada masa itu adalah kamera telefon jer…jadi , gambarnya xde la cantik sangat. So, korang boleh la tgk gambar dekat bawah…

           
      Ini Alamat Tempat Projek Iks Yang Kami Dapat.



  Yang Ini Mak Cik Mah, Pengusaha  Produk  Makanan Ringan.



Tempat membakar kuih baulu ,roti dan kek.





Mesin Pengadun telur dan tepung.




Yang Ini Ahli Group Kami 3D…


 Ini aku (ilah)  




yang ini anis... 





ini plak yana...



So, korang pun dah kenal ahli panel @ kakitangan group kami... Untuk gambar produk makanan ringan, kami xsempat nak ambil gambar coz pada masa tu belum siap packing lagi… nanti untuk episod yang akan datang, kami akan uploadkan banyak lagi gambar yang menarik… semasa sesi temuramah kami dengan Mak Cik Mah, kami diberitahu bahawa perusahaan makanan ringan itu, dikongsi bersama seorang lagi rakannya. Tapi kami tak berkesempatan untuk temuramahnya kerana mak cik itu sibuk. 
 
Rasanya, sampai disini jela untuk episod kali ini… untuk episod yang akan datang, insyaAllah kami akan kongsikan banyak lagi perkara yang menarik… sebenarnya, fikiran aku dah buntu untuk mencari idea, walaupun banyak benda yg ingin aku sampaikan… Tambahan pula, hari ni kesihatan aku kurang baik...Ok la dulu, Sekian terima kasih…(“,)

Sunday 6 March 2011

Episod Satu...


ASSALAMUALAIKUM...DAN SALAM SEJAHTERA...


 Ini merupakan kali pertama aku menulis blog...so, aku pun tak tahu apa yg nk ditulis dkt sini...BLOG  ini aku buat untuk  projek assignment  Production and Operation Management (POM) tentang IKS @ SME... Dalam projek tersebut, terdapat 3 org ahli panel @ kakitangan yang bertanggungjawab utk menyiapkan tugasan tersebut...OK, disini aku nak perkenalkan ahli kumpulan kami iaitu Fazilah bt. Zahari, (sapa lg aku la empunya diri), Khairunnisa bt. Kamaruddin dan Rosliana bt. Mat Said.

           Disini, aku ingin perkenalkan group kami dengan nama 'THREE D @ 3D.'  korang nak tahu tak kenapa aku bagi nama tu, korang pikir la sendiri... Aku pun xtahu kenapa,???  sebab aku suka sangat nama 2...(yg tu aku plak kena pikir sendiri) ok,nanti bila dh dapat cari jawapan aku bagi tahu korang semua...

            Ini adalah salah satu sebab kenapa aku tak suka menulis blog...sebabnya aku ni suka tulis entah apa2 je, asyik dk merapu dari tadi...So,bagi sapa2 yg dk baca tu,jangan asyik dk komplen jerrr...ayat aku mmg dari mula lg tunggang langgang...Bab yang itu ,aku sedari...tapi, ada aku kisah (aiman tak kisah) sebab aku malas nk pikir panjang... YANG paling utama sekali, aku mmg tiada idea nak tulis apa...APA YANG PENTING DEKAT SINI, adalah "kerjasama"   dari ahli kumpulan kami...(3D THE BEST).

            OK, LA.. berbalik pada tugasan projek kami tadi, kami ditugaskan untuk mencari perusahaan IKS disekitar kawasan Changlun, Jitra, Alor Setar and Perlis untuk dibuat kajian. Disamping itu, kami perlu berfikiran kreatif bagi menjana idea baru untuk membantu meningkatkan perusahaan IKS @ SME... DISINI, bagi sesiapa sahaja yang ingin berkongsi idea atau pengalaman boleh la menghubungi kami semua, atau pun boleh meninggalkan komen dekat blog ini… Jasa dan sumbangan korang semua amatlah dihargai.

            Akhir kata, bermulalah episod kami (group 3D) untuk mengumpul data, menganalisis, mengkaji dan sewaktu dengannya bagi menjayakan tugasan projek kami ini. Kami berharap, projek ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala penat lelah kami berbaloi-baloi dengan mendapat extra mark dari pensyarah kami. InsyaAllah. Sekian terima kasih…