Click here for Myspace Layouts

Wednesday 9 March 2011

Episod Dua...

EPISOD  DUA...


Disini bermulalah episod pertama kami (Group 3D), untuk mencari tempat bagi tugasan projek kami. Aku pun xtahu nak bercerita macam mana dekat sini, coz ceritanya mmg panjang… Satu hari pun belum tentu habis kalau bercerita. So, untuk dijadikan cerita, aku tolong pendekkan lah cerita ini utk dikongsi dgn korang semua…Pada hari jumaat lepas, aku (ilah) dengan anis keluar la survey tempat dekat kawasan changlun. Member aku sorang lagi, yana xpergi coz ada latihan karate…  So, aku pergi la dgn anis utk cari tempat sambil cuci mata dkt pekan changlun. Dekat kawasan changlun xde la besar sgt kalau nk dibandingkan dgn pekan lain… Tapi kata orang, boleh la daripada xde kan… 

            Pagi tu, lepas habis program kolej dalam pukul 10.30 pagi, aku pun keluar menunggu bas dgn Anis. Tunggu punya la lama, sampai setengah jam lebih jugak la dekat bus stop, akhirnya barulah muncul bas Mara Liner…nasib baik dapat naik bas Mara Liner, kalau bas HBR korang pun boleh fikir sendiri macam mana… Perjalanan kami dari UUM ke Changlun mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja. Tepat pukul 12 tengahari, kami pun sampai la dekat Changlun. 

Aku ingin melahirkan rasa kesyukuran yang tak terhingga kpd Allah swt kerana memudahkan segala urusan kami sepanjang tugasan projek ini. Sebenarnya, tugasan projek ini,dah lama pensyarah bagi…tapi aku asyik tertangguh jer coz assignment ni la yang paling lambat kena submit, kalau nak dibandingkan dengan assignment lain yg aku dapat. Ok la, merapu plak aku ni…berbalik pada cerita tadi, setelah aku dan Anis sampai ke Changlun, tempat utama yang kami tuju dahulu ialah ke rumah sepupu aku. Korang nak tahu tak kenapa???

            Rumah sepupuku dekat jer dengan tempat perusahaan kerepek yang kami cari. Dengan bantuan jiran sepupuku, kami dibawa ke rumah mak cik mah yang membuat kerepek. Aku xsempat nak ambil gambar, coz pada masa tu xbawa kamera, yang ada pada masa itu adalah kamera telefon jer…jadi , gambarnya xde la cantik sangat. So, korang boleh la tgk gambar dekat bawah…

           
      Ini Alamat Tempat Projek Iks Yang Kami Dapat.



  Yang Ini Mak Cik Mah, Pengusaha  Produk  Makanan Ringan.



Tempat membakar kuih baulu ,roti dan kek.





Mesin Pengadun telur dan tepung.




Yang Ini Ahli Group Kami 3D…


 Ini aku (ilah)  




yang ini anis... 





ini plak yana...



So, korang pun dah kenal ahli panel @ kakitangan group kami... Untuk gambar produk makanan ringan, kami xsempat nak ambil gambar coz pada masa tu belum siap packing lagi… nanti untuk episod yang akan datang, kami akan uploadkan banyak lagi gambar yang menarik… semasa sesi temuramah kami dengan Mak Cik Mah, kami diberitahu bahawa perusahaan makanan ringan itu, dikongsi bersama seorang lagi rakannya. Tapi kami tak berkesempatan untuk temuramahnya kerana mak cik itu sibuk. 
 
Rasanya, sampai disini jela untuk episod kali ini… untuk episod yang akan datang, insyaAllah kami akan kongsikan banyak lagi perkara yang menarik… sebenarnya, fikiran aku dah buntu untuk mencari idea, walaupun banyak benda yg ingin aku sampaikan… Tambahan pula, hari ni kesihatan aku kurang baik...Ok la dulu, Sekian terima kasih…(“,)

No comments:

Post a Comment