Click here for Myspace Layouts

Monday 14 March 2011

Episod Tiga...


EPISOD  TIGA

Bersambunglah kembali kisah kami (GROUP 3D) dalam Program Jalan2 Cari Makan….ops, silap program la plak… ok, kita imbas kembali episod dua… korang masih ingat lagi tak??? Sebenarnya, rancangan kami untuk pergi ke bengkel Mak Cik Mah sudah lama dirancang…ops lupa plak nak perkenalkan diri… Namaku Anis sebagai penulis yang bertauliahlah katakan telah mengambil alih tugas ilah bagi menyambung episod ke- 2 kami...
Syukur  ALHAMDULILLAH, kerana kami bernasib baik kerana kali ini Mak Cik Mah mempunyai bahan mentah iaitu pisang bagi membuat kerepek. Kali ni dapatlah kami melihat dengan mata sendiri bagaimana proses membuat kerepek itu dilakukan…So, kami buat temujanji untuk lawatan bagi kali ini dengan mak cik mah….bukan nak suruh Mak Cik Mah sambut kami dengan kompang…he2…but sekadar untuk maklumkan kedatangan kami bertiga.
Maka datanglah penghulu segala hari, iaitu hari jumaat bersamaan 11 Mac …eh macam nak umum nak raya pulak…hehe.. aku dan ilah menunggu yana yang sedang mengambil exam pada pagi hari tersebut…jadi kami pun terpaksalah bertolak lambat sikit kerumah mak cik mah. Tepat JAM pukul 11 aku, ilah dan yana menunggu bas di Bus Stop Proton…aii….tunggu punya tunggu akhirnya bas HBR tanpa segan silu mengambil kami bertiga…alamak…terlebih sudah..he2….semua tempat duduk  dah penuh…jadi terpaksalah kami berdiri untuk sampai ke bengkal Mak Cik Mah.
    Nasib baik dekat jer jarak uum ke Changlun....kalau nak ke Alor Setar boleh layu kami dibuatnya, ibarat macam bunga ditiup angin(pengsan)hu3… dah la dalam bas tu penuh orang, lepas tu panas plak. Kami ni macam duduk dalam tin sardin jer… SABAR  JER LAH… Setelah  hampir setengah jam kami berada didalam bas, maka sampailah kami bertiga ke destinasi yang dirancang…
Kedatangan kami disambut baik oleh pemilik bengkel produk makanan ringan iaitu Mak Cik Mah dan rakan kongsinya….rupanya mak Cik Mah telah menunggu aku dan kawan-kawan aku dari pagi tadi lagi…kesian pulak... kami meminta maaf diatas kelewatan kami bertiga dan mencerita sebab kelewatan kami….Masa kami menjejakkan kaki ke dalam bengkel Mak Cik Mah ,rakan konginya iaitu mak cik salehah sedang mengoreng pisang untuk dijadikan kerepek… SO, apa lagi pist….ambil gambar la, DEkat bawah ini gambar yang sempat KAMI ambil… Jom kita lihat sama-sama…

  Lokasi diseberang jalan sebelum masuk ke bengkel produk IKS. Bengkel ini dekat dengan sekolah agama.

 Signboard jalan masuk ke bengkel diseberang jalan.



 Laluan depan seberang jalan masuk, depan ni ada tempat cuci kereta.

Ok, diatas adalah gambar tanda arah untuk masuk ke bengkel produk makanan ringan Mak Cik Mah... jadi, kalau ada sesiapa yang mahu membeli @ melihat sendiri operasi bengkel tersebut boleh la merujuk gambar @ tanda arah diatas. Bagi sesiapa yang tidak biasa lagi dengan kawasan Changlun, boleh la  sedikit,sebanyak memudahkan perjalanan kalian. Sekarang, kita lihat pula gambar proses kerepek pisang dibuat...

 Pisang mentah yang digunakan untuk buat kerepek pisang masin.

Ini plak,pisang yang dikupas @ dibuang kulit..dekat tepi tu korang nampak tak ada bekas marjerin & air garam...


 lepas tu, parut pisang itu nipis2 dengan pemarut dan masukkan ke dalam kuali minyak panas...(gambar tangan mak cik tu,blurr sedikit coz sedang memarut pisang).

 Goreng pisang tadi sampai kekuningan dan masak.(masa ni boleh masukkan sedikit air garam & marjerin) supaya pisang garing & rapuh.


 kemudian angkat pisang tersebut dengan penapis & sejatkan supaya minyak keluar.

 Masukkan pisang yg telah disejatkan tadi kedalam bekas yang kedap udara,supaya kerepek itu tidak lemau.

Macam mana korang tengok, menarik perhatian tak...kalau kita tengok memang nampak senang jer, tapi kalau kita diberi peluang untuk buat sendiri memang susah dan memenatkan... Kalau duduk dekat tepi kuali pun dah rasa bahang minyak panas, inikan plak nak buat dari proses awal lagi...  Jadi, disini kita boleh fikir & nilai bagaimana susah payahnya untuk mencari rezeki. Hargailah segala penat lelah orang tua kita, jangan fikir nak senang jer. Kami begitu kagum dengan semangat mak cik mah dengan mak cik salehah, kerana sudah hampir 17 tahun mereka mengusahakan produk makanan ringan ini. 

Dalam tempoh mengusahakan produk makanan ringan ini, sudah banyak  peristiwa pahit manis yang ditempuhi oleh mak cik itu berdua. Kami, bersyukur kehadrat ILAHI, kerana kami diberi peluang oleh pensyarah kami iaitu Encik Ezanee Bin Mohamed Elias untuk membuat tugasan luar tentang IKS. Walau bagaimanapun, pada masa  mula2 kami dapat tugasan ini, kami merungut juga kerana terpaksa keluar untuk mencari tempat diluar Uum. Bukan kami tidak suka, tapi banyak masalah yang kami perlu hadapi terutama dari segi masa, kos untuk keluar (berulang alik), dan masalah lain-lain lagi. Namun begitu, kami bersyukur kerana Allah banyak membantu dalam mempermudahkan segala urusan kami.

Lama kelamaan, kami menjadi seronok untuk membuat tugasan projek ini. Disini, kami dapat belajar susah senang untuk mencari rezeki, mengenali dengan lebih dekat masyarakat kampung, melihat cara hidup dan budaya mereka, dan paling utama sekali dapat mengingatkan kami tentang keluarga kami di kampung. Melihat raut tua diwajah mak cik itu, mengingatkan kami kesusahan ibu bapa kami mencari rezeki untuk membesarkan kami. Ya ALLAH, betapa besarnya pengorbanan mereka kepada kami. Panjangkanlah umur mereka, supaya kami dapat membalas jasa & pengorbanan mereka kepada kami...AMIN.

OK LA, berbalik pada gambar yang korang tengok tadi dekat atas iaitu proses untuk membuat kerepek pisang masin. Sekarang, masa untuk melihat gambar yang telah siap dipacking untuk dipasarkan...


 kerepek yang telah siap dan sedia untuk dipasarkan. (sedap, sekali cuba, mesti mahu lagi)

kerepek yang telah siap di packing dan disusun dalam bekas.

INI pula adalah maruku yang telah siap dibuat & di packing.




Selain daripada kerepek pisang masin, banyak lagi kerepek lain yang dibuat. Antaranya ialah kerepek pisang sira, kerepek pisang pedas, kerepek ubi pedas, maruku dan juga kuih baulu. Tapi kami, xsempat ngak ambil gambar kesemua kerepek tersebut...InsyaAllah, lain kali kami akan uploadkan gambar tersebut. 

Tadi korang asyik dk  tengok gambar kerepek jer, so  sekarang korang tengok plak gambar kami (GROUP 3D) bersama mak cik mah dan mak cik salehah.

 
YANA, MAK CIK SALEHAH DAN ILAH...







 
YANA , MAK CIK MAH & ANIS... 

YANA & ANIS ( SEMPAT LAGI POSING, WALAUPUN TENGAH PACKING KEREPEK)
 Rasanya, memang cukup rasa dah, so aku pun dah penat menaip benda alah ni,..jadi daripada korang dk baca benda yang lagi merapu ni...Boleh la kami mengundur diri dulu... ops., sebelum kami mengundur diri, kami ingin meminta maaf jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa dalam episod kali ini... so, nantikan cerita kami dalam episod seterusnya....Driver kami pun dah datang menjemput kami, so let go...(sebenarnya pak cik osman tuan empunya teksi yang kami telefon untuk datang mengambil kami) untuk balik ke Uum...Terima kasih pak cik...Sekian, wassalam...^_^

No comments:

Post a Comment